Recent Posts

Showing posts with label Tips. Show all posts
Showing posts with label Tips. Show all posts

Monday, June 20, 2011

Rawat Tumit Pecah-Pecah

Cara mudah dan murah untuk menghilangkan pecah di tumit, sediakan kelapa yang diparut tidak terlalu halus dan sedikit garam. 
Gaulkan kelapa bersama garam hingga sebati, tumit dan tapak kaki yang pecah itu hendaklah dicuci terlebih dahulu. 
Selepas itu sapukan kelapa bercampur garam pada tumit dan tapak kaki sambil menggosokkannya rata-rata. Kemudian cuci kaki hingga bersih. 
Amalkan petua ini tiga kali seminggu sebelum tidur.









Saturday, June 18, 2011

Penyebab dan Cara Kurangkan Sakit Kepala

Pencetus Sakit Kepala
• Stress
• Alkohol

• Jadual tidur yang tidak menentu

• Cahaya terang atau silau

• Perut kosong

• Perubahan hormon

• Persekitaran yang sesak

• Pengaliran udara yang tersekat


Cara Kurangkan Sakit Kepala
• Berehat dan menikmati udara segar

• Apabila mempunyai masalah, cuba untuk tidak terlalu memikirkannya

• Jika perlu, luahkan masalah kepada seseorang (keluarga atau teman)

• Bersukan

• Dapatkan tidur yang cukup

• Pakai cermin mata hitam apabila berada di bawah terik mentari

• Minum air dengan cukup

• Jangan terlalu kerap bergantung kepada ubat penahan sakit











Saturday, June 11, 2011

Pelan 'rombak' bilik beradu

Hujung minggu datang lagi..ade sesape yang plan nak kemas / mengubah kedudukan dlm bilik?
Kat sini ade beberapa tips untuk memudahkan kerja mengemas bilik..


1. Kemas bilikmu. Faedahnya, tidaklah kamu "bermandi" habuk bila nak ubah perabot. Bila agak-agak kali terakhir kamu vakum bawah katil? Haa! ape lg..lakukan sekarang!!

2. Putuskan barang mana yang nak disimpan, dan jangan buang yang tak mahu diguna. Jika masih elok, boleh dermakan kepada badan kebajikan atau dijual.

3. Pilih rona bilik yang tak menyemakkan mata. Jangan terlalu terang hingga sakit kepala bila memandangnya, atau jangan terlalu gelap hingga nampak gloomy.

4. Lukis pelan lantai untuk tentukan kedudukan "baru" perabotmu. Dengan cara ini, lagi cepat siap. Percayalah!

5. Dapatkan laci atau kotak yang tertutup untuk kamu simpan barang-barang kenangan atau berharga yang kamu tak mahu orang lain nampak.








Thursday, June 9, 2011

Elak Nampak "Tua"

10 Perkara harus elak
Jangan nampakkan diri kamu"tua"

1. Jangan angkat beg ke telinga untuk dengar sama ada yang berbunyi itu adalah telefon bimbitmu.

2. Jauhi seluar dalam gelebeh bile memilih pakaian dalam. Pastikan ia sentiasa seksi dan menarik oke!

3. Tidak perlu capai cerek dan bancuh teh. Ia takkan bantu tenangkan fikiran selepas kamu "tikam" teman dari belakang.

4. Sentiasa peka dengan teknologi semasa. Kalau tak, pertanyaan "Apa TweetFace tu?" akan buatkan kamu digelakkan saja.

5. Bila beg tangan kamu mula mengembung, keluarkanlah apa yang tidak patut dibawa termasuklah sebotol besar minyak angin kamu tu.

6. Elak haruman ros klasik. Sembur wangian segar untuk suntik personaliti muda.

7. Bila lagu-lagu nyanyian Hetty Koes Endang adalah album paling banyak kamu mainkan dalam playlist iPodmu, cuba muat turun lagu yang sedang hit di radio sekarang.

8. Jangan kunjungi kafe yang kamu boleh dengar jeritan suaramu sendiri.

9. High waisted memang selesa digayakan. Namun tidak bermakna kamu perlu dapatkan sehelai grandmother's jeans di butik terpakai.

10. Bila si dia hadiahkan produk anti-aging dan kamu tidak marah. Kamu patut gusar kerana ini menunjukkan dirimu nampak tua.



<< Entri sebelum ini..






Wednesday, June 8, 2011

Tips Rambut Sihat

10 Rahsia rambut sihat


1. Sisirlah rambut sebelum kamu membasuh, agar syampu menjadi lebih mudah menyerap dan rambut tidak kusut.

2. Bagi kamu yang mempunyai masalah rambut berkelemumur, sisirlah dengan berhati-hati untuk melepaskan sisik atau serpihan kelemumur. Ia dapat memudahkan proses penanggalan sisik kelemumur yang akan dibawa oleh syampu, sekali gus menjadikan syampu lebih mudah menyerap pada rambut.

3. Kamu yang memiliki rambut jenis kering dan kusam, sebaiknya gunakan krim rambut yang mengandungi sari tumbuh-tumbuhan untuk melembapkan rambut.

4. Sisir rambut dengan sisir bergigi jarang. Elakkan menggunakan sisir yang sangat rapat kerana ia akan membuatkan rambut tertarik atau tercabut dari akarnya.

5. Sebaiknya keringkan rambut dengan tuala. Elakkan menggunakan hair dryer yang terlalu kerap. Jika terpaksa, usahakan agar kulit kepala tidak terkena panas secara langsung dari hair dryer.

6. Untuk rambut berkelumumur, sebelum membubuh syampu, basahkan hulu rambut dengan air suam untuk melembapkan kulit kepala sehingga sisik kelemumur menjadi lebih mudah tanggal.

7. Urut kulit kepala dengan lembut dan rata. Hindari menggaru kulit kepala dengan kuku kerana ia akan menyebabkan kulit kepala terluka atau tergores.

8. Gunakan tonik rambut yang sesuai dengan jenis rambut. Untuk rambut kering atau berkelemumur, gunakan tonik yang mampu menguatkan akar rambut, merawat kulit kepala dan merangsang pertumbuhan rambut baru.

9. Pilih syampu yang tidak menimbulkan alergi pada kulit kepala, mudah dibilas serta rambut mudah disisir ketika masih basah.

10. Sebelum memakai perapi, pastikan sudah tidak ada lagi sisa syampu yang tertinggal. Begitu juga setelah memakai perapi, bilas sehingga bersih agar tiada sisa perapi yang tertinggal.








Tuesday, June 7, 2011

Petua kempiskan perut

Perahkan limau nipis, kemudian dicampur dengan teh tanpa gula dan diminum setiap hari.

Sebaik-baiknya biarlah teh yang diminum itu teh panas suam, kesannya lebih cepat.

Amalkan meminum air ini dan insya-Allah perut anda yang buncit akan menjadi kempis dan kemas kembali. 



Tapi AWAS..
sekiranya buncit ada baby..
mintak maaf la..
haha.. 



<< Entri sebelum ini..






Tuesday, April 26, 2011

Langkah mudah utk sihat & segar

Mari sama² kita amalkan..

1. Berjalan Kaki. Berjalan kaki selama 30 minit setiap hari ternyata mampu maningkatkan stamina tubuh dan meningkatkan pengaliran darah serta ketahanan jantung.

2. Minda Positif. Fikirlah perkara yang positif kerana ia dapat menyihatkan minda. Sekiranya kamu seorang yang berfikiran positif, ini bererti kamu seorang yang berfikiran sihat dan secara tak langsung ia juga dapat memotivasikan diri untuk bertindak lebih rasional.

3. Rahsia C.I.N.T.A. Mencintai dan dicintai adalah amat baik untuk jantung kita. Perasaan iri hati, marah serta perasaan negatif yang lain-lain hanya akan membuatkan seseorang itu lebih mudah diserang sakit jantung.

4. Minum Teh. Satu kajian mengatakan bahawa teh hitam dan teh hijau mengandungi 'polyphenol' yang berfungsi sebagai antioksida. Ia dapat membantu mengurangi risiko penyakit jantung dan juga mencegah kanser.

5. Hirup Udara Segar. Luangkan sedikit masa untuk menghirup udara segar selama sepuluh minit atau setidaknya sekali sehari. Ia dapat membantu agar sihat dan segar sepanjang hari.

6. Meditasi. Meditasi terbukti memberi kesan positif pada kesihatan jiwa kerana ia membantu menghilangkan tekanan dalam diri.

7. Biasakan Mencuci Tangan. Sebaiknya cuci tangan dengan sabun sebelum menyediakan makanan, setelah keluar dari tandas atau menyentuh objek yang tidak terjamin kebersihannya. Cucilah tangan paling minimum 5 kali sehari.




<< Entri sebelum ini..







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Submit your site

 
back to top