Recent Posts

Wednesday, June 8, 2011

Tips Rambut Sihat

10 Rahsia rambut sihat


1. Sisirlah rambut sebelum kamu membasuh, agar syampu menjadi lebih mudah menyerap dan rambut tidak kusut.

2. Bagi kamu yang mempunyai masalah rambut berkelemumur, sisirlah dengan berhati-hati untuk melepaskan sisik atau serpihan kelemumur. Ia dapat memudahkan proses penanggalan sisik kelemumur yang akan dibawa oleh syampu, sekali gus menjadikan syampu lebih mudah menyerap pada rambut.

3. Kamu yang memiliki rambut jenis kering dan kusam, sebaiknya gunakan krim rambut yang mengandungi sari tumbuh-tumbuhan untuk melembapkan rambut.

4. Sisir rambut dengan sisir bergigi jarang. Elakkan menggunakan sisir yang sangat rapat kerana ia akan membuatkan rambut tertarik atau tercabut dari akarnya.

5. Sebaiknya keringkan rambut dengan tuala. Elakkan menggunakan hair dryer yang terlalu kerap. Jika terpaksa, usahakan agar kulit kepala tidak terkena panas secara langsung dari hair dryer.

6. Untuk rambut berkelumumur, sebelum membubuh syampu, basahkan hulu rambut dengan air suam untuk melembapkan kulit kepala sehingga sisik kelemumur menjadi lebih mudah tanggal.

7. Urut kulit kepala dengan lembut dan rata. Hindari menggaru kulit kepala dengan kuku kerana ia akan menyebabkan kulit kepala terluka atau tergores.

8. Gunakan tonik rambut yang sesuai dengan jenis rambut. Untuk rambut kering atau berkelemumur, gunakan tonik yang mampu menguatkan akar rambut, merawat kulit kepala dan merangsang pertumbuhan rambut baru.

9. Pilih syampu yang tidak menimbulkan alergi pada kulit kepala, mudah dibilas serta rambut mudah disisir ketika masih basah.

10. Sebelum memakai perapi, pastikan sudah tidak ada lagi sisa syampu yang tertinggal. Begitu juga setelah memakai perapi, bilas sehingga bersih agar tiada sisa perapi yang tertinggal.








4 comments:

ADLIL RAJIAH said...

nice hair tips!! :)

Jemput-jemput: Saat Aku Kau Pilih

Fadzmie said...

Kalau dulu, lelaki macam tak kesah pun nak jaga rambut ni. Tapi sekarang, pakcik-pakcik pun ada lagi yang masih sibuk jaga rambut. Haha.

nurhamizatulzullraooh said...

info yang berguna..saya ada mencuba beberapa tips no 1 dan no 5 yang lain belum lagi..itupun rambut saya rosak,kering,kusut,kelemumur.megerbang..tak tau nak buat apa lagi:(

nurhamizatulzullraooh said...

teringin nak rambut cantik macam Fauziah Ghous,Nadia Mustafa dan Jue Aziz

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Submit your site

 
back to top