Recent Posts

Showing posts with label Kesihatan. Show all posts
Showing posts with label Kesihatan. Show all posts

Wednesday, July 13, 2011

Cegah Kanser Servik

Pemeriksaan mengesan kanser servik
1.Ujian Pap
Doktor akan mengambil sedikit tisu pada permukaan serviks dan menghantar kemakmal . Ujian ini akan mengesan sebarang ketidaknormalan pada cerviks seperti sel pra-barah. Digalakan untuk mengambil ujian ini setiap tahun untuk mengesn kanser peringkat awal. Pengesanan awal boleh menyelamatkan nyawa.

2.Ujian HPV
Ujian ini boleh mengesan kuman HPV yang specifik terhadap kanser serviks seperti strain 16 dan 18, iaitu penyebabkan utama kanser pangkal rahim.

3.Colposcopy
Doktor akan mengunakan mikroskop yang khas untuk memeriksa pangal rahim anda untuk sebarang ketidaknormalan. Sekiranya ada, sedikit biopsi akan diambil dan dihantar kemakmal. Kadang-kadang biopsi kon akan dibuat sekiranya didapati sel barah sudah merebak lebih dalam.

4.Rawatan
Rawatan bergantung kepada keterukkan kanser tersebut dan sejauh mana ia sudah merebak. Sekiranya diperingkat awal pembedahan buang rahim akan disarankan dan pembedahan yang lebih radikal akan dilakukan sekiranya kanser sudah merebak keorgan organ berdekatan. Rawatan sampingan lain termasuk radiasi dan kemoterapi.

Cara mencegah
• Amalkan cara hidup yang sihat.
• Lakukan ujian pap smear setiap.
• Berhubungan seks dengan 1 pasangan sahaja
• Elakkan hubungan seks pada usia muda
• Tidak merokok
• Mendapat imunisasi terhadap jangkitan HPV
• Suntikan Vaksin

Vaksin terhadap HPV
Sekarang sudah terdapat vaksin yang boleh mencegah kebanyakkan dari strain HPV yang menjadi punca kepada kanser serviks. Gadis seawal usia 13 tahun adalah digalakan untuk mengambil vaksin ini. Ia boleh mencegah sehingga 70% dari jangkitan HPV dan walaupun ia lebih efektif sekiranya diberikan sebelum gadis menjadi aktif secara seksual, ia juga disarankan kepada semua wanita sehingga usia 46 tahun.
Vaksin boleh didapati dimana-mana klinik GP atau klinik pakar berdekatan.

Ujian Pap Smear
Merupakan suatu ujian untuk memeriksa kesihatan servik. Ia adalah satu saringan untuk mengesan keadaan pra-kanser (sebelum terjadi) iaitu terdapat sel serviks luar biasa yang boleh mengakibatkan kanser.
Ia adalah satu prosidur yang mudah dimana sedikit sel diambil dari servik dan dihantar ke makmal untuk kajian. Tidak perlu ubat atau bius dan mengambil masa beberapa minit sahaja.









Saturday, June 25, 2011

Kanser Servik

• Disebut juga sebagai Barah Rahim. Ia adalah diantara barah yang kerap terjadi terhadap wanita, dimana ia menyerang organ reproduksi. Ia terjadi apabila sel yang normal pada serviks (pangkal rahim) bertukar menjadi sel barah.
• Kanser servik merupakan kanser kedua terbanyak dikalangan wanita selepas kanser payudara.
• Dianggarkan lebih kurang 18 orang wanita dari setiap 100,000 penduduk mengidap kanser ini.
• 7.9% (2,000 - 3,000 kes setiap tahun) dari semua kes kanser yang dimasukkan ke hospital kerajaan adalah terdiri dari kanser servik.
• 10.5% dari kematian wanita yang mengidap kanser di hospital kerajaan adalah disebabkan oleh kanser servik.
Penyebab
Ia disebabkan oleh virus human papilloma yang berjangkit melalui hubungan seks. Apabila wanita terdedah kepada HPV, sistem imun badan selalu dapat menangkis serangan virus ini dari menjangkiti wanita tetapi, bagi sebahagian kecil wanita, virus berpeluang hidup bertahun-tahun sehingga ia menukar sel yang terdapat pada permukaan serviks kepada sel kanser. Separuh dari kanser ini terjadi pada mereka yang berusia 35-55 tahun.

Faktor kemungkinan untuk terkena kanser servik
• Memulakan perhubungan seksual pada usia terlalu muda.
• Mempunyai pasangan seks yang berbilang
• Mengandung lebih dari 5 kali
• Jangkitan kuman melalui hubungan seksual seperti 'HPV' (Human Papilloma Virus/wart virus)
• Kurang jagaan kebersihan anggota sulit
• Merokok (Kajian mendapati merokok boleh membuatkan sistem imun tubuh badan lebih terdedah kepada jangkitan virus dan penyakit berkaitan dengannya).
• Kurang daya tahan melawan penyakit, disebabkan oleh jangkitan atau penyakit tertentu.

Para penyelidik masih cuba memahami mekanisma bagaimana faktor-faktor berikut berperanan menyebabkan kanser servik.

Tanda dan gejala
• Perdarahan yang luarbiasa dari vagina (bukan haid)
• Perdarahan yang banyak
• Perdarahan yang berpanjangan
• Perdarahan di antara haid
• Kehadiran darah beku
• Perdarahan dari vagina selepas hubungan seksual
• Sakit semasa hubungan seksual
• Perdarahan dari vagina selepas putus haid
• Keluar cecair yang luarbiasa dari vagina
• Keluar lendir berdarah dan berbau busuk dari faraj








Saturday, June 18, 2011

Penyebab dan Cara Kurangkan Sakit Kepala

Pencetus Sakit Kepala
• Stress
• Alkohol

• Jadual tidur yang tidak menentu

• Cahaya terang atau silau

• Perut kosong

• Perubahan hormon

• Persekitaran yang sesak

• Pengaliran udara yang tersekat


Cara Kurangkan Sakit Kepala
• Berehat dan menikmati udara segar

• Apabila mempunyai masalah, cuba untuk tidak terlalu memikirkannya

• Jika perlu, luahkan masalah kepada seseorang (keluarga atau teman)

• Bersukan

• Dapatkan tidur yang cukup

• Pakai cermin mata hitam apabila berada di bawah terik mentari

• Minum air dengan cukup

• Jangan terlalu kerap bergantung kepada ubat penahan sakit











Thursday, June 16, 2011

Jenis Sakit Kepala

3 jenis sakit kepala yang kerap dihidapi.


1. Sakit Kepala Ketegangan
Biasanya sakit kepala ketegangan menyerang pada waktu pagi. Penyakit ini berpunca daripada pengecutan otot-otot kepala dan leher, lantas menyebabkan kedua-dua bahagian tersebut berasa berat. Pening kepala jenis ini sering dikaitkan dengan tekanan(stress), rasa risau yang menguasai diri dan terlalu banyak berfikir.

2. Migrain
Antara jenis sakit kepala yang berbahaya kerana pesakit akan mengalami sakit kepala sekurang-kurangnya enaam jam, malah boleh berlarutan sehingga 24 jam. Migrain ada beberapa jenis, antaranya Migrain klasik - ia menyebabkan pesakit hilang selera makan, berasa mual dan muntah-muntah. Pancaran petir, keadaan kepala yang seakan mencucuk-cucuk atau banyak berfikir antara punca migrain klasik.
Migrain biasanya kerap dihidapi oleh wanita berbanding lelaki dan berlaku sewaktu mereka meningkat dewasa. Antara faktor utamanya ialah pengucupan reflektoris atau ketegangan pada pembuluh nadi ke otak. Mereka yang mempunyai masalah migrain akan mengalami sekurang-kurangnya sekali sebulan.

3. Sakit Kepala Tertumpu
Dikenali juga sebagai cluster headache, sakit kepala tertumpu yang biasanya dialami oleh lelaki pertengahan umur. Ia menyerang secara tiba-tiba (tanpa sebab yang pasti). Serangan memuncak selama 5 hingga 10 minit dan berlarutan selama 30 hingga 90 minit. Kepala penghidapnya akan berasa berat dan berdenyut-denyut pada bahagian belakang mata. Rongga hidung juga akan tersumbat lantas menyebabkan mata berair.









Friday, June 3, 2011

Gaya Hidup Moden Jejas Kesihatan

Terutama yang tinggal di kawasan bandar, walaupun diketahui amalan gaya hidup moden banyak mendatangkan kebaikan tetap dalam masa yang sama ia turut mengundang kesan negatif terhadap kesihatan.

Beberapa gaya hidup moden yang boleh mendatangkan kemudaratan :

1. Makanan Segera
Hampir semua orang pernah mengambil makanan segera, ada juga yang menjadikannya sebagai menu harian. Awas! amalan ini boleh membahayakan kesihatan. Ini kerana makanan segera lazimnya mengandungi lemak dan kadar garam yang agak tinggi, kurang serat, vitamin dan mineral. Amalan mengambil makanan segera yang terlalu kerap boleh mengundang pelbagai penyakit seperti kencing manis, obesiti, jantung, darah tinggi, kanser dan sebagainya.

2. Kurang Bersenam
Kesibukan biasanya menjadi alasan untuk tidak bersenam. Hari minggu digunakan sebaiknya untuk berehat dan tidur, sedangkan bersenam amat penting untuk memastikan kesihatan tubuh sentiasa berada di tahap terbaik. Kurang bersenam akan akan menyebabkan tubuh cepat letih, susah tidur dan sakit kepala.

3. Kesesakan Lalu Lintas
Setiap hari kita bukan sahaja berhadapan dengan kesesakan lalu lintas, malah berhadapan dengan kerja yang banyak atau urgent untuk disiapkan dalam masa yang singkat. Perkara ini juga boleh menyebabkan tekanan yang membuatkan kita menjadi sensitif, mudah tersinggung dan cepat marah. Ianya juga boleh mengakibatkan sakit kepala dan sukar tidur. Tekanan ini menyebabkan ada yang mengambil cara penyelesaian muda seperti merokok, mengambil dadah atau alkohol. Ini bukan cara penyelesaian terbaik kerana untuk jangka masa panjang kesannya lebih buruk.

4. Tidak Utamakan Kesihatan
Kerana sibuk dengan urusan harian juga adakalanya menyebabkan kita terlupa tentang aspek kesihatan. Sakit yang tidak serius seperti pening kepala, badan kurang bermaya dan letih langsung tidak dihiraukan selagi mampu bergerak, sedangkan ini semua sebenarnya petanda awal kepada pelbagai penyakit lain sperti jantung, darah tinggi dan lain-lain.


Penyelesaian
Walaupun hidup di bandar atau di tengah-tengah kota yang pesat membangun dan dikelilingi dengan rutin harian yang sibuk, aspek kesihatan juga perlu diutamakan. Jadikan amalan mencegah lagi baik daripada merawat.
Sebaiknya ambil makanan yang seimbang, hindari rokok, mengambil minuman keras, cuba elakkan diri dari tekanan, lakukan senaman yang teratur dan pastikan sentiasa membuat pemeriksaan kesihatan.
Masih ada masa untuk mengubah gaya hidup agar tidak terus terpengaruh dengan arus permodenan.
Amalkan gaya hidup sihat.


<< Entri sebelum ini






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Submit your site

 
back to top