Recent Posts

Thursday, June 9, 2011

Elak Nampak "Tua"

10 Perkara harus elak
Jangan nampakkan diri kamu"tua"

1. Jangan angkat beg ke telinga untuk dengar sama ada yang berbunyi itu adalah telefon bimbitmu.

2. Jauhi seluar dalam gelebeh bile memilih pakaian dalam. Pastikan ia sentiasa seksi dan menarik oke!

3. Tidak perlu capai cerek dan bancuh teh. Ia takkan bantu tenangkan fikiran selepas kamu "tikam" teman dari belakang.

4. Sentiasa peka dengan teknologi semasa. Kalau tak, pertanyaan "Apa TweetFace tu?" akan buatkan kamu digelakkan saja.

5. Bila beg tangan kamu mula mengembung, keluarkanlah apa yang tidak patut dibawa termasuklah sebotol besar minyak angin kamu tu.

6. Elak haruman ros klasik. Sembur wangian segar untuk suntik personaliti muda.

7. Bila lagu-lagu nyanyian Hetty Koes Endang adalah album paling banyak kamu mainkan dalam playlist iPodmu, cuba muat turun lagu yang sedang hit di radio sekarang.

8. Jangan kunjungi kafe yang kamu boleh dengar jeritan suaramu sendiri.

9. High waisted memang selesa digayakan. Namun tidak bermakna kamu perlu dapatkan sehelai grandmother's jeans di butik terpakai.

10. Bila si dia hadiahkan produk anti-aging dan kamu tidak marah. Kamu patut gusar kerana ini menunjukkan dirimu nampak tua.



<< Entri sebelum ini..






0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Submit your site

 
back to top