Gejala dan cara menghadapinya
Bilakah PMS menyerang?Dianggarkan 95% wanita dewasa akan mengalami gejala PMS (Premenstrual Syndrome) menjelang haid. Gejala ini mula terjadi kira-kira tujuh hari sebelum menstruasi, dan beransur hilang ketika menstruasi datang. Mereka yang terkena sindrom ini ada yang mengalami gangguan ringan dan ada juga yang cukup berat, sehingga mengganggu aktiviti harian. Walaupun ada mitos yang mengatakan, gangguan ini akan berkurang pada wanita yang sudah mempunyai anak, namun ia tidak boleh dipercayai 100%.
Gejalanya
Rasa berdenyut-denyut di kepala adalah gejala yang paling banyak dialami oleh kaum wanita. Semakin bertambah usia, semakin mudah kamu diserang migrain.Menurut Joanne Piscitelli MD dari Duke University Center, pakar ginekologi, gejala ini disebabkan kerana penurunan hormon estrogen dan progesterone. Gejala lainnya adalah perubahan mood, rasa bengkak payudara dan sakit pinggang.Perubahan mood seperti mudah marah dan cepat tersinggung adalah paling kerap dialami oleh wanita menjelang waktu menstruasi.
Apakah penyebab PMS
Perubahan kadar hormon adalah penyebab utama terjadinya gejala PMS. Di pertengahan bulan sebelum haid, jumlah progesterone di dalam tubuh akan meningkat. Tetapi sekitar tujuh hari sebelum haid, jumlah progesterone dan estrogen (hormon lain) akan menurun secara drastik. Sungguh pun begitu, gangguan ini boleh kamu atasi atau kurangi dengan pelbagai cara tanpa mengambil ubat.
Cara atasi
1. Olahraga
Luangkan waktu sekurang-kurangnya 20 minit, tiga atau empat kali setiap minggu untuk berolahraga. Jenis latihan yang digalakkan adalah aerobik, kerana latihan ini dapat meningkatkan denyut jantung dan meransang keluarnya hormon 'endorfin' yang diperlukan untuk mendorong munculnya perasaan gembira.
2. Kurangkan waktu tidur
Kaji selidik yang dibuat oleh Barbara L Parry MD, pakar psikiatri dari University of California mengatakan bahawa mengurangkan waktu tidur mampu mengurangkan tekanan. Menurutnya, ketika sedang tidur seseorang akan bermimpi dan kebanyakan mimpi tersebut akan boleh membangkitkan ketegangan. Ini bermakna, mengurangi waktu tidur mampu memberikan efek anti ketegangan.
3. Luangkan waktu malam
Sekiranya kamu sudah terbiasa makan tiga kali sehari, kekalkan. Pastikan menu yang dipilih berkhasiat. Kamu juga perlu menambah makanan ringan yang sihat sementara menanti waktu makan itu. Mengambil makanan yang lebih kerap akan membuatkan gula dalam darah akan bertambah sehingga perasaan murung kamu itu berkurangan.
4. Hindari Kafein
Para penyelidik mendapati bahagian sistem saraf mengalami ransangan yag tertinggi ketika PMs. Kafein mampu bertindak secara langsung untuk mempengaruhi sistem saraf. Disaran kurangkan minuman berkafein, soda, teh dan juga coklat.
5. Ubat penahan sakit
Apabila segala usaha yang dilakukan untuk meredakan kesakitan tidak berhasil, pilihan terakhir adalah mengambil ubat penahan sakit. Sungguh pun begitu, jangan sembarangan mengambilnya, harus mendapatkan nasihat doktor.
3 comments:
thanks..info pentg untuk kaum wanita..but, kaum lelaki pun harus tahu tntg info ni..sbbnya, boleh lah mngmbil berat tntg kesihatan family diorg yg pmpuan kan..:)
interesting dan informative :)
jangan terlalu bergantung dengan ubat penahan saket,dokter cakap,kesannya akan kelihatan mase kita tua nanti...ehhh,bukan kite,kaum perempuanlaaa....hehehe saye lelaki,harap maklum
Post a Comment