Recent Posts

Tuesday, June 14, 2011

Tidak Memuliakan Ayat-ayat Al-Quran dan Hadis


Adalah menjadi satu dosa apabila mana-mana ayat Al-Quran atau hadis ataupun nama-nama Allah tidak diberi penghormatan yang sewajarnya. Pada hari ini akhbar serta majalah-majalah sering menyiarkan cerita-cerita agama ataupun hukum-hukum Islam. Hadis atau ayat Al-Quran boleh kita dapati terselit di dalam rencana-rencana ini. Penghormatan terhadap ayat-ayat ini adalah fardhu. Elakkanlah daripada membuang suratkhabar atau majalah-majalah lama di merata-rata tempat, lebih-lebih lagi jika ianya mengandungi rencana mengenai Islam. Janganlah dengan mudah kita biarkan helaian muka surat Al-quran terbiar di merata tempat.

Sekiranya kita ingin membuang helaian muka surat Al-Quran yang telah usang, cara yang betul ialah membungkusnya dengan kain dan tanam di dalam bumi ataupun hanyutkan ke dalam sungai.

Begitu juga dengan helaian-helaian kertas yang mengandungi ajaran-ajaran agama (pamphlet), janganlah dibuang di dalam bakul/tong sampah. Apa yang menyedihkan kertas-kertas ini dijadikan sebagai kertas pembungkus makanan atau barangan. Berhati-hatilah jangan terdapat ayat Al-Quran ataupun nama-nama Allah pada bahan-bahan tersebut.

Apabila kita gagal menjaga perkara-perkara seperti ini, maka kesusahan akan menimpa kita, malahan berbagai bencana atau malapetaka akan melanda kehidupan kita.

Semoga Allah membuka mata kita agar memberi perhatian yang serius terhadap perkara ini.


<< Entri sebelum ini..






1 comments:

ADLIL RAJIAH said...

semuanya ade pada qur'an dan hadis kan? islam tu mmg lengkap!

Jemput-jemput: Saat Aku Kau Pilih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Submit your site

 
back to top