Recent Posts

Thursday, June 9, 2011

Hasad Dengki

Satu hadis daripada Junjungan Besar Baginda Nabi s.a.w memberitahu bahawa pahala-pahala amalan dikikis habis oleh hasad seperti api memakan kayu.


Perasaan tidak senang hati melihat seseorang mendapat kebahagiaan atau kesenangan dan akan menjadi gembira serta sukacita apabila orang tadi mengalami kesusahan atau kepayahan hidup, ini dikenali sebagai hasad. Seseorang yang dijangkiti penyakit ini, hidupnya sentiasa pahit lagi menderita. Bukan sahaja hasad ini satu dosa besar malahan ia tidak tidak langsung membawa kemanfaatan bagi kehidupan dunia mahupun akhirat.

Satu usaha yang bersungguh-sungguh mestilah diambil serta doa yang khusyu' agar perasaan ini dapat dihapuskan sama sekali. Penyakit ini hanyalah membahayakan diri kita sendiri.

Mereka yang menyimpan hasad ini samalah mengisytiharkan perang dengan Allah swt, kerana dia merasa tidak puas hati malah menyoal Allah kenapa si dia yang tidak layak itu menerima begitu banyak kemewahan dan kelebihan (mengikut kaca mata si hasad). Di sini, si hasad mempertikaikan hikmah serta kuasa Allah swt mentadbir dan mengatur sesuatu corak kehidupan. Sebab inilah hasad boleh menghapuskan keseluruhan pahala daripada amalan-amalan baik.

Janganlah kita susahkan hati kita sendiri malah merunsingkan fikiran dan mental, lihatlah kebesaran Allah dan puji Allah yang Maha Mengetahui kerana segalanya datang daripada Ilahi. Hanya hati kita apabila diselaputi titik-titik hitam disebabkan dosa-dosa yang kita lakukan, maka kita gagal lagi buta untuk melihat Qudrat dan Iradat Allah swt.


<< Entri sebelum ini..






4 comments:

Azlan Strider said...

betul2..aku pun xpaham laa kenapa ade orang nak dengki2 nie..get a life laa kan??hehehe

Regards,
-Strider-

Fadzmie said...

Perang dengan Allah? Nauzubillah. Semoga kita dijauhkan PHD ni. Amin.

orang lain buat salah, orang lain terima akibatnya

atieserina said...

azlan-tu la dr pk nk dengki org bek pk cmne nk majukan dri sendri..

fadzmie-yup seolah² menentang kuasa Allah sbb pertikaikan n xpuas ati dgn kelebihan org lain..tu sume kan dr Allah..mudah²an dijaokan..amin.

jeragang said...

memang lah memang senang orang mengetahui hasad dengki itu tidak baik dan perbuatan yang keji tapi ia terus belaku... inilah salah satu perkara yang di tuntut oleh agama supaya kita mengawalnya... bermakna ia akan terus berlaku dan berterusan ... so ini satu kewajipan untuk membentuk satu sistem ketahanan diri

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Submit your site

 
back to top