Recent Posts

Tuesday, June 7, 2011

Bahaya Rokok

Risiko Kepada Perokok Perempuan
Tiada beza dengan perokok lelaki..risiko tetap sama..


• Rokok adalah produk yang akan membunuh separuh daripada pengguna dan penyebab kematian kepada empat juta orang setiap tahun di seluruh dunia.

• Seorang perokok wanita mempunyai peluang yang sama untuk mendapat kemudaratan kesihatan seperti perokok lelaki. Hubungan rapat ini antara penggunaan tembakau dengan pelbagai penyakit telah terbukti seperti kanser, penyakit jantung, stroke, penyakit paru-paru dan pelbagai jenis penyakit lain.

• Di beberapa buah negara barat,  kanser paru-paru telah menggantikan kanser payudara dan kanser serviks sebagai penyebab utama kematian golongan wanita.

• Wanita yang merokok akan mendapat kesan negatif terhadap sistem reproduktif seperti ketidaksuburan, komplikasi kehamilan dan masalah kepada kandungan seperti gangguan tumbesaran, kecacatan anggotadan mental, kematian janin dalam kandungan dan keguguran. Kanak-kanak yang dilahirkan oleh ibu yang merokok pula biasanya kurang cerdas dan sering diserang penyakit pernafasan seperti jangkitan paru-paru, lelah dan jangkitan telinga.

• Golongan bukan perokok yang terdedah kepada asap rokok turut mengalami kesan negatif dari racun asap rokok. Asap rokok yang dihembus keluar oleh perokok dan asap dari hujung puntung rokok yang terbakar mengandungi lebih 4,000 bahan toksik termasuk 63 agen 'karsinogen'.

• Kajian telah menunjukkan bahawa golongan wanita bukan perokok mempunyai 30% lebih risiko untuk mendapat kanser paru-paru jika suami mereka adalah perokok, jika dibandingkan dengan wanita yang berkahwin dengan lelaki yang tidak merokok. Kesan yang sama terhadap kandungan dapat dilihat bagi ibu hamil yang merupakan perokok pasif.


Kandungan Rokok



Akibatnya







1 comments:

farahin fadzil said...

Izikan saya untuk ambil gmbr bahaya rokok di atas ya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Submit your site

 
back to top